KEMAHIRAN GENERIK
DISEDIAKAN OLEH:
IZWA SAZURIN BT MOHD KAMARZAMAN
NURUL AZILA BT MAT YUSOFF
KEMAHIRAN BELAJAR
DISEDIAKAN OLEH:
IZWA SAZURIN BT MOHD KAMARZAMAN
NURUL AZILA BT MAT YUSOFF
KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik merupakan satu kemahiran
yang perlu ada oleh seseorang individu untuk berfungsi dengan berkesan pada
kadar minima sewaktu melakukan sesuatu pekerjaan mengikut kemahiran atau
kebolehan masing-masing. Kemahiran ini juga turut dikenali sebagai kemahiran
insaniah. Dalam literature pendidikan, istilah kemahiran generik sering
diutarakan dengan pengertian arbitrari. Bikson dan Law (1995), mentakrifkan
kemahiran generik sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang
keupayaankognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelesaikan
masalah, inovasi dan komunikasi. Di Malaysia, kemahiran generik telah diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran dalam beberapa matapelajaran dan juga program (PPK
1999). Hal ini adalah untuk memberi satu bentuk pendidikan berkualiti dan
berkesan kepada pelajar.
Kemahiran yang ingin diterapkan
kepada pelajar perlu dipertimbangkan supaya relevan, berguna dan tahan lama
sekaligus dapat menguatkan sistem pendidikan supaya mampu menjadi asas kepada
sokongan pelajaran sepanjang hayat (Mohd Safarin dan Kamaruddin, 2004).
Kemahiran generik terbahagi kepada beberapa elemen iaitu kemahiran belajar,
kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai, kemahiran teknologi
maklumat serta kemahiran pemudah cara atau fasilitator.
KEMAHIRAN BELAJAR
DISEDIAKAN OLEH:
IZWA SAZURIN BT MOHD KAMARZAMAN.
APAKAH MAKSUD KEMAHIRAN BELAJAR?
Kemahiran belajar ditakrifkan
sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi
membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan
seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap orang mempunyai cara dan kemahiran tersendiri yang berguna dan sesuai dengan konteks suasana, masa dan tempat yang tertentu. Oleh itu, mereka perlu sedar tentang kepentingan kemahiran belajar supaya mereka dapat menguasai dan memikul tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh amanah dan sebaik mungkin.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap orang mempunyai cara dan kemahiran tersendiri yang berguna dan sesuai dengan konteks suasana, masa dan tempat yang tertentu. Oleh itu, mereka perlu sedar tentang kepentingan kemahiran belajar supaya mereka dapat menguasai dan memikul tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh amanah dan sebaik mungkin.
Berdasarkan kajian menunjukkan antara
punca berlakunya kemerosotan dalam akademik seseorang pelajar atau mahasiswa
ialah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran
serta tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000, 2003;
Abdul Ghani Awang,1996).
Selain itu, beberapa aspek penting dalam kemahiran belajar yang perlu
dititikberatkan iaitu:
- kemahiran mengurus masa
- kemahiran membaca
- kemahiran mencatat nota
- kemahiran membuat rujukan
- kemahiran mendengar
- kemahiran menghadapi peperiksaan.
(Yahya Othman, 2003; Mohd Nashuha Jamidin et
al., 1995).
i.
KEMAHIRAN
MENGURUS MASA.
v
Pelajar
yang lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding
dengan pelajar cerdas (tumpu kepada subjek yang lemah).
v
Pelajar
harus menyediakan jadual belajar di rumah (waktu belajar, rehat, makan, bermain
dan menonton televisyen).
ii.
KEMAHIRAN
MEMBACA.
v
Kemahiran
seumur hidup.
v
Membantu
pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenalpasti idea utama atau
penting.
v
Lima
langkah membaca (SQ3R):
-
Skim
(S): Baca sepintas lalu.
-
Question
(Q): Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
-
Read
®: Membaca untuk faham maklumat sesuatu tajuk dan catat idea utama.
-
Recite
®: Menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatat.
-
Review
®: Menyemak idea utama yang telah dicatat supaya dapat memahaminya.
iii.
KEMAHIRAN
MENCATAT NOTA.
Ø
Penting
untuk menguasai sesuatu maklumat.
Ø
Membantu
membuat ulangkaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.
Ø
Langkah
membuat nota ialah:
-
Faham
maklumat daripada pelbagai sumber.
-
Memilih
idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya menulis atau merekod dalam
computer, idea atau maklumat penting secar ringkas dalam pelbagai bentuk yang
dikehendaki (nota objektif, jadual, carta alir, peta konsep, i-think).
iv.
KEMAHIRAN
MENCARI MAKLUMAT.
-
Keupayaan
mengumpul maklumat secara berkesan.
-
Keupayaan
seseorang mengenalpasti keperluan maklumat, mencari, mengumpul, mengurus dan
mengolah maklumat serta bekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.
v.
KEMAHIRAN
MENDENGAR.
-
Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,
perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.
-
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran
mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang
didengar itu dengan tepat..
vi.
KEMAHIRAN
MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
-
Pelajar
harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun lepas untuk
mengetahui:
a)
Format
dan peraturan peperiksaan.
b)
Bilangan,
bentuk dan susunan soalan-soalan.
Kemahiran belajar juga melibatkan kemahiran mencari maklumat, penetapan matlamat diri dan akademik, pengurusan masa, kemahiran membaca, mencari maklumat, kemahiran mengambil nota dan kemahiran mengingat seperti gambar rajah di bawah:
Di samping itu, terdapat beberapa
kepentingan yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar
dengan baik iaitu:
- Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
- Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
- Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
- Melatih pelajar membaca dengan cepat dan pantas serta dapat mengumpul maklumat dengan cekap.
- Meningkatkan daya ingatan pelajar dan mencungkil bakat mereka.
- Penggunaan celik akal secara optimum untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
- Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru dan memupuk motivasi dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar.
Setiap pelajar mesti mengetahui proses
pembelajaran yang betul ketika mendapatkan maklumat dan peringkat dalam proses
tersebut. Antaranya:
PERINGKAT PROSES BELAJAR
I. Wujudnya ransangan.
II.
pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ
deria.
III.
pemiliran makna sesuatu rangsangan di dalam
otak.
IV.
membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan.
V.
mengamalkannya
dalam situasi yang sipadan dengan perubahan tingkah laku.
Proses belajar yang dilalui para pelajar akan meliputi setiap ciri
proses perubahan yang berlaku secara sengaja, secara berterusan dan tetap,
bersifat aktif dan pasif, bermatlamat dan terarah serta bersifat holistik.
S Selain itu, belajar bukanlah perkara yang senang dan bukan juga perkara yang susah. Pelajar yang cemerlang mestilah mengetahui teknik yang betul untuk berjaya.
Persekitaran pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah
berbeza dengan situasi persekolahan dahulu. Hal ini kerana, persekitaran
pembelajaran di IPG tertumpu ke arah membentuk dan melahirkan dimensi budaya
seperti berikut:
v
Budaya
Ilmu - (pembelajaran sepanjang hayat, menguasai, mengamal, menguasai dan
berkongsi ilmu).
v
Budaya
Kepimpinan - (kebolehan membuat keputusan, berupaya menyelesaikan masalah,
menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan).
v
Budaya
kerja professional - (mendokong visi dan misi organisasi, mementingkan kualiti
dan menepati piawai yang ditetapkan).
v
Budaya
akhlak dan moral - (sentiasa bersyukur,
mematuhi etika, ikhtiar dan doa)
v
Budaya
penyayang - (sayang akan profesion, budaya hidup sihat, kematangan emosi)
v
Budaya
estetika - (kehalusan budi, keunggulan peribadi, kesempurnaan kerja).
Mengapakah persekitaran pembelajaran di IPG direka bentuk?
Mengapakah persekitaran pembelajaran di IPG direka bentuk?
- Melahirkan guru yang kompeten dan berjaya berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Kesimpulannya, kemahiran belajar amat penting untuk dikuasai oleh para pelajar kerana kemahiran ini meliputi seluruh aspek yang dapat membantu memudahkan urusan pembelajaran.
KEMAHIRAN
BERFIKIR (DISEDIAKAN OLEH:NURUL AZILA BT MAT YUSOFF)
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir, sanggup dan cekap
dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan
sewajarnya. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran ini dapat membolehkan
manusia melihat pelbagai aspek untuk menyelesaikan masalah dalam situasi
tertentu. Dewey (1910) menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah
kerana terdapat situasi keraguan masalah yang timbul.
Pemikiran merupakan aktiviti
psikologi dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan bagi menyelesaikan
masalah dalam situasi yang dihadapi. Kelebihan manusia berbanding dengan
makhluk lain ialah dikurniakan akal. Oleh sebab itu, manusia mampu membuat pertimbangan
untuk menggunakan akal dan juga gerak hati. Dengan penggunaan akal, manusia
dapat membuat:
Ø Proses penaakulan (memberi sebab kenapa sesuatu itu terjadi).
Ø Membentuk konsep (Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan
dirumuskan sebagai konsep dan teori).
Ø Memahami fenomena yang diperhatikan (Hasil daripada pemerhatian keadaan
yang berlaku di sekeliling kita).
Kemahiran berfikir melibatkan
pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi itu
terbahagi kepada dua elemen iaitu:
1.
Operasi kognitif
Apakah maksud operasi kognitif? Operasi kognitif ialah kemahiran
berfikir yang kita gunakan setiap hari. Sebagai contoh, mengelas, membanding,
membuat rumusan dan lain-lain. Bloom (1956) mengkategorikan domain kognitif kepada
enam aras:
ü Pengetahuan (aras rendah)
ü Kefahaman (aras tinggi)
ü Aplikasi (aras tinggi)
ü Analisis (aras tinggi)
ü Sintesis (aras tinggi)
ü Penilaian (aras tinggi)
2.
Operasi metakognitif
Operasi metakognitif merupakan operasi yang mengarah dan mengawal
kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti
pemikiran manusia. Bayer (1992) mengemukakan model ‘ Functional Thinking,
seperti gambarajah di bawah:
Terdapat tiga perkara yang
dikawal dalam proses metakognisi iaitu:
1)
Perancangan: kebolehan
menyatakan matlamat, memilih operasi, mengatur operasi, dan mengenalpasti
halangan.
2)
Pengkonsepan: kebolehan
diri untuk sentiasa sedar tentang matlamat, menentukan aktiviti dan operasi
seterusnya, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara mengatasinya.
3)
Penaksiran: kebolehan
menilai tahap pencapaian matlamat, menilai kesesuaian prosedur dan kualiti hasil
kerja.
DOMAIN EFEKTIF
Domain efektif pula menekankan
kepentingan elemen perasaan, kepercayaan, keyakinan diri dalam membuat
keputusan, memberikan pendapat, membentuk personaliti dan pegangan hidup
seseorang.
1)
Krathwohl et.al (1964) menkategorikan
domain efektif kepada:
·
Penerimaan
·
Tindak balas
·
Menilai
·
Menyelaras sistem nilai
·
Mengamal sesuatu mengikut sistem
nilai yang kompleks
Morgan dan Saxton (1991)
mentakrifkan soalan domain efektif sebagai ‘questions of feelings” (soalan
berasaskan perasaan). Soalan domain efektif memerlukan murid bergerak balas
terhadap kenyataan tentang perasaan, emosi, pendapat, sikap dan kepercayaan.
Selain itu, Mayer Salovey (1990) mengkategorikan kecerdasan emosi kepada enam
domain:
a.
Kesedaran kendiri
-
Keupayaan seseorang
individu menyedari sesuatu perasaan.
b.
Mengendalikan emosi.
-
Kebolehan seseorang
individu mengendalikan emosi, perasaan, dan sikap dalam mengambil sesuatu
tindakan.
c.
Timbang rasa.
-
Keprihatinan terhadap
perasaan dan pendapat orang lain.
d.
Perhubungan
-
Kebolehan berhubung dan
menyedari jenis perasaan yang dikongsi dengan orang lain.
e.
Kerjasama
-
Kebolehan meletakkan diri
apabila bertindak sebagai pemimpin.
f.
Menyelesaikan konflik
-
Menggunakan kebolehan emosi
untuk selesaikan masalah.
PEMIKIRAN REFLEKTIF
Lambright (1995) mengaitkan
pemikiran reflektif dengan pemikiran kritis. Tujuan atau idea yang ingin
disampaikan telah diberikan penekanan dalam corak pemikiran reflektif ini.
Ø Oleh itu, pelajar perlu diberi latihan yang boleh menggalakkan pemikiran
secara kritis.
Ø Pemikiran ini dapat memperluaskan kefahaman seseorang tentang sesuatu
idea, isu atau sistem nilai.
West (1996) telah
menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif
I.
Mengenalpasti kesimpulan
II.
Mengenalpasti sebab dan
bukti
III.
Mengenalpasti bahasa yang
kabur
IV.
Mengenalpasti konflik dan
nilai
V.
Menilai penaakulan
berdasarkan statistik
VI.
Menilai pensampelan dan
pengalaman
VII.
Menilai penaakulan secara
logik
VIII.
Mengenalpasti maklumat yang
tertinggal atau tersingkir
IX.
Kebolehan menyuarakan
pendapat melalui cara yang berhemah
² Kegagalan
untuk mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan (faham tulisan)
² Tidak
dapat berfikir diluar pola pemikiran yang biasa (dikongkong oleh ruang yang
biasa)
² Peluang
individu mempraktikkan Kemahiran Berfikir
GALAKKAN KEPADA KEMAHIRAN
BERFIKIR
n Bahan
pengajaran yang sesuai, mencabar dan berupaya mencungkil Kemahiran Berfikir.
n Kesedaran
tentang kepentingan Kemahiran Berfikir dan bagi mewujudkan suasana yang
merangsang pelajar untuk berfikir.
n Penyelesaian
masalah perlu melibatkan pelbagai pihak.
ALAT BERFIKIR
l Alat
berfikir dihgunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran berfiikir.
l Contoh
alat berfikir ialah peta minda, pengurusan grafik, soalan dan penyoalan dan
CoRT 1
Peta Minda
Tujuan
l Mengorganisasi
idea dalam bentuk gambar dan kata kunci
l Membantu
mengingat dengan mudah
l Mencatat
nota dengan ringkas
- -Kegunaan
l Mencatat
nota
l Mencatat
isi penting
l Perancangan
dalam membuat laporan
l Membuat
sinopsis
- -Kebaikan
l Mudah
diingati
l Dapat
dibaca dengan mudah
l Konsep
mudah difahami
Penggunaan Grafik
-Tujuan
l Berbentuk
grafik yang perlu diisi dengan malumat berkaitan tajuk
l Membantu
mengurus dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik
--Kegunaan
l Membantu
kita melihat perbezaan sesuatu perkara dengan tepat
l Membentuk
klasifikasi dengan lebih tersusun
l Menerangkan
proses dengan lebih sistematik
l Menjadikan
kita lebih fokus
Teknik Menyoal Aras Tinggi
- -Tujuan
l Memperkembangkan
proses berfikir
l Mengumpul
dan menganalisis maklumat
l Menggalakkan
pemikiran metakognitif
l Menggalakkan
pencetusan idea dan penggunaan idea
--Teknik
l Kaedah
sokratik
l Soalan
bertumpu dan bercampah
l Lingkaran
soalan
--Cara penyoalan supaya
pembelajaran berkesan
l Mengemukakan
soalan yang mudah difahami
l Soalan
disusun dari aras mudah kepada sukar
l Mengemukakan
soalan yang dapat memperkembang pemikiran kreatif dan kritis pelajar
Alat Berfikir CoRT 1
Alat-alat CoRT 1 merupakan
alat berfikir yang sering digunakan oleh guru dalam pembelajaran. Terdapat
tujuh teknik dalam alat-alat CoRT 1:
Bil
|
Teknik CoRT
| Langkah pelaksanaan | Contoh pelaksanaan |
1
|
PMI-plus, minus, interesting (baik, buruk, menarik)
|
Luaskan fikiran tentang idea
|
Jangka masa sekolah dilanjutkan kepada pukul 5:00 p.m.
|
2
|
CAF-consider all factors (ambil kira semua faktor)
|
|
Semua pelajar sekolah memakai uniform.
|
3
|
C & S -Consequence and Sequel. (kesan dan akibat)
|
Meneliti
kesan jangka panjang dan pendek yang akan berlaku untuk tindakan yang
diambil.
|
Komputer menggantikan guru.
|
4
|
AGO- Aims, Goals, Objective. (tujuan, matlamat, objektif).
|
Senaraikan seberapa banyak yang boleh dirancang dan menilai semua idea
dari pelbagai perspektif.
|
AGO Rancangan Hari Kantin.
|
5
|
FIP- First Important Priorities (keutamaan)
|
Mengenalpasti dan menentukan tindakan yang terpenting.
|
Merancang perbelanjaan bulanan.
|
6
|
APC- Alternatives, Possibilities, Choices (alternative, kemungkinan,
pilihan)
|
Memikirkan beberapa kemungkinan serentak dalam menyelesaikan masalah.
|
Cara mengatasi kemerosotan pencapaian pelajar.
|
7
|
OPV- Other People’s View (pandangan orang lain)
|
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
|
Penjualan rokok wajib terus diharamkan.
|
NOTA TAMBAHAN
TEORI PELBAGAI KECERGASAN
KOMPONEN
|
MAKSUD
|
AKTIVITI
|
Kecerdasan linguistik
|
Kebolehan mengguna bahasa, makna perkataan.
|
Menulis, membaca, perbahasan.
|
Kecerdasan Ruang
|
Kebolehan membuat gambaran dalam minda atau bentuk nyata.
|
Merumus dalam bentuk carta, peta minda, melukis, membuat hiasan.
|
Kecerdasan Muzikal
|
Memahami, menghasilkan dan peka terhadap struktur muzik.
|
Membayangkan bunyi burung, menghasilkan lagu.
|
Kecerdasan Kinestetik
|
Kemahiran mengguna dan mengkoordinasi bentuk badan.
|
Menari, bermain bola, aktiviti psikomotor.
|
Kecerdasan logikal-Matematik
|
Kebolehan menaakul dalam Matematik dan Sains.
|
Menyelesaikan masalah Matematik, membuat kesimpulan hasil eksperimen.
|
Kecerdasan Interpersonal
|
Kebolehan berinteraksi, memeahami perasaan, fikiran dan perlakuan
orang lain.
|
Aktiviti berkumpulan, perbincangan.
|
Kecerdasan Intrapersonal
|
Memahami dan menilai diri sendiri secara mendalam.
|
Reflek diri, kenalpasti matlamat diri dan minat sendiri.
|
Kecerdasan Emosi
|
Keupayaan mengenal dan memahami emosi sendiri dan orang lain.
|
Dapat memotivasi diri dan mengurus emosi (disiplin diri).
|
Kecerdasan Naturalistik
|
Peka terhadap alam sekitar.
|
Mengenalpasti flora dan fauna.
|
Tuntasnya, kemahiran generik merangkumi kemahiran berfikir yang amat penting dalam proses pembelajaran seseorang individu. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang tersendiri. Oleh itu, kita haruslah mengenal pasti tahap kecerdasan masing-masing untuk dipertingkatkan melalui proses kemahiran berfikir.