Thursday 28 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK

DISEDIAKAN OLEH:

IZWA SAZURIN BT MOHD KAMARZAMAN
NURUL AZILA BT MAT YUSOFF

KEMAHIRAN GENERIK
    Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang perlu ada oleh seseorang individu untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan sesuatu pekerjaan mengikut kemahiran atau kebolehan masing-masing. Kemahiran ini juga turut dikenali sebagai kemahiran insaniah. Dalam literature pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan dengan pengertian arbitrari. Bikson dan Law (1995), mentakrifkan kemahiran generik sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaankognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelesaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Di Malaysia, kemahiran generik telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dalam beberapa matapelajaran dan juga program (PPK 1999). Hal ini adalah untuk memberi satu bentuk pendidikan berkualiti dan berkesan kepada pelajar. 
     Kemahiran yang ingin diterapkan kepada pelajar perlu dipertimbangkan supaya relevan, berguna dan tahan lama sekaligus dapat menguatkan sistem pendidikan supaya mampu menjadi asas kepada sokongan pelajaran sepanjang hayat (Mohd Safarin dan Kamaruddin, 2004). Kemahiran generik terbahagi kepada beberapa elemen iaitu kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat serta kemahiran pemudah cara atau fasilitator.





KEMAHIRAN BELAJAR 

DISEDIAKAN OLEH: 
IZWA SAZURIN BT MOHD KAMARZAMAN.

APAKAH MAKSUD KEMAHIRAN BELAJAR?



    Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. 
Setiap orang mempunyai cara dan kemahiran tersendiri yang berguna dan sesuai dengan konteks suasana, masa dan tempat yang tertentu. Oleh itu, mereka perlu sedar tentang kepentingan kemahiran belajar supaya mereka dapat menguasai dan memikul tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh amanah dan sebaik mungkin.

    Berdasarkan kajian menunjukkan antara punca berlakunya kemerosotan dalam akademik seseorang pelajar atau mahasiswa ialah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran serta tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani Awang,1996).

        Selain itu, beberapa aspek penting dalam kemahiran belajar yang perlu dititikberatkan iaitu:
  •     kemahiran mengurus masa
  •      kemahiran membaca
  •     kemahiran mencatat nota
  •       kemahiran membuat rujukan
  •       kemahiran mendengar
  •       kemahiran menghadapi peperiksaan.

 (Yahya Othman, 2003; Mohd Nashuha Jamidin et al., 1995).

               i.        KEMAHIRAN MENGURUS MASA.
v  Pelajar yang lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas (tumpu kepada subjek yang lemah).
v  Pelajar harus menyediakan jadual belajar di rumah (waktu belajar, rehat, makan, bermain dan menonton televisyen).
          ii.        KEMAHIRAN MEMBACA.
v  Kemahiran seumur hidup.
v  Membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenalpasti idea utama atau penting.
v  Lima langkah membaca (SQ3R):
-       Skim (S): Baca sepintas lalu.
-       Question (Q): Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
-       Read ®: Membaca untuk faham maklumat sesuatu tajuk dan catat idea utama.
-       Recite ®: Menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatat.
-       Review ®: Menyemak idea utama yang telah dicatat supaya dapat memahaminya.
        iii.        KEMAHIRAN MENCATAT NOTA.
Ø  Penting untuk menguasai sesuatu maklumat.
Ø  Membantu membuat ulangkaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.
Ø  Langkah membuat nota ialah:
-       Faham maklumat daripada pelbagai sumber.
-       Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya menulis atau merekod dalam computer, idea atau maklumat penting secar ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki (nota objektif, jadual, carta alir, peta konsep, i-think).



        iv.        KEMAHIRAN MENCARI MAKLUMAT.
-       Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan.
-       Keupayaan seseorang mengenalpasti keperluan maklumat, mencari, mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat serta bekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.
          v.        KEMAHIRAN MENDENGAR.
-       Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.
-       Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat..
        vi.        KEMAHIRAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
-       Pelajar harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun lepas untuk mengetahui:
a)    Format dan peraturan peperiksaan.
b)    Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan.

Kemahiran belajar juga melibatkan kemahiran mencari maklumat, penetapan matlamat diri dan akademik, pengurusan masa, kemahiran membaca, mencari maklumat, kemahiran mengambil nota dan kemahiran mengingat seperti gambar rajah di bawah:


    Di samping itu, terdapat beberapa kepentingan yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar dengan baik iaitu:
  •      Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
  •  Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
  • Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
  • Melatih pelajar membaca dengan cepat dan pantas serta dapat mengumpul maklumat dengan cekap.  
  • Meningkatkan daya ingatan pelajar dan mencungkil bakat mereka.
  • Penggunaan celik akal secara optimum untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
  • Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru dan memupuk motivasi dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar.
    Setiap pelajar mesti mengetahui proses pembelajaran yang betul ketika mendapatkan maklumat dan peringkat dalam proses tersebut. Antaranya:

PERINGKAT PROSES BELAJAR
               I.        Wujudnya ransangan.
              II.         pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria.
            III.         pemiliran makna sesuatu rangsangan di dalam otak.
            IV.         membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan.
             V.        mengamalkannya dalam situasi yang sipadan dengan perubahan tingkah laku. 

            Proses belajar yang dilalui para pelajar akan meliputi setiap ciri proses perubahan yang        berlaku secara sengaja, secara berterusan dan tetap, bersifat aktif dan pasif,                        bermatlamat  dan terarah serta bersifat holistik.

S       Selain itu, belajar bukanlah perkara yang senang dan bukan juga perkara yang susah.         Pelajar yang cemerlang mestilah mengetahui teknik yang betul untuk berjaya.


            
    Persekitaran pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah berbeza dengan situasi persekolahan dahulu. Hal ini kerana, persekitaran pembelajaran di IPG tertumpu ke arah membentuk dan melahirkan dimensi budaya seperti berikut:
v  Budaya Ilmu - (pembelajaran sepanjang hayat, menguasai, mengamal, menguasai dan berkongsi ilmu).
v  Budaya Kepimpinan - (kebolehan membuat keputusan, berupaya menyelesaikan masalah, menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan).
v  Budaya kerja professional - (mendokong visi dan misi organisasi, mementingkan kualiti dan menepati piawai yang ditetapkan).
v  Budaya akhlak dan moral -  (sentiasa bersyukur, mematuhi etika, ikhtiar dan doa)
v  Budaya penyayang - (sayang akan profesion, budaya hidup sihat, kematangan emosi)
v  Budaya estetika - (kehalusan budi, keunggulan peribadi, kesempurnaan kerja).

Mengapakah persekitaran pembelajaran di IPG direka bentuk?




  •        Melahirkan guru yang kompeten dan berjaya berjiwa pendidik melalui program             pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
    Kesimpulannya, kemahiran belajar amat penting untuk dikuasai oleh para pelajar kerana kemahiran ini meliputi seluruh aspek yang dapat membantu memudahkan urusan pembelajaran.








   KEMAHIRAN BERFIKIR (DISEDIAKAN OLEH:NURUL AZILA BT MAT YUSOFF)
          Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir, sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran ini dapat membolehkan manusia melihat pelbagai aspek untuk menyelesaikan masalah dalam situasi tertentu. Dewey (1910) menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan masalah yang timbul.
      Pemikiran merupakan aktiviti psikologi dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Kelebihan manusia berbanding dengan makhluk lain ialah dikurniakan akal. Oleh sebab itu, manusia mampu membuat pertimbangan untuk menggunakan akal dan juga gerak hati. Dengan penggunaan akal, manusia dapat membuat:
Ø  Proses penaakulan (memberi sebab kenapa sesuatu itu terjadi).
Ø  Membentuk konsep (Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori).
Ø  Memahami fenomena yang diperhatikan (Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita).
    Kemahiran berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi itu terbahagi kepada dua elemen iaitu:
1.    Operasi kognitif
     Apakah maksud operasi kognitif? Operasi kognitif ialah kemahiran berfikir yang kita gunakan setiap hari. Sebagai contoh, mengelas, membanding, membuat rumusan dan lain-lain. Bloom (1956) mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras:
ü  Pengetahuan (aras rendah)
ü  Kefahaman (aras tinggi)
ü  Aplikasi (aras tinggi)
ü  Analisis (aras tinggi)
ü  Sintesis (aras tinggi)
ü  Penilaian (aras tinggi)

2.    Operasi metakognitif
     Operasi metakognitif merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia. Bayer (1992) mengemukakan model ‘ Functional Thinking, seperti gambarajah di bawah:

      Terdapat tiga perkara yang dikawal dalam proses metakognisi iaitu:
1)    Perancangan: kebolehan menyatakan matlamat, memilih operasi, mengatur operasi, dan mengenalpasti halangan.
2)    Pengkonsepan: kebolehan diri untuk sentiasa sedar tentang matlamat, menentukan aktiviti dan operasi seterusnya, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara mengatasinya.
3)    Penaksiran: kebolehan menilai tahap pencapaian matlamat, menilai kesesuaian prosedur dan kualiti hasil kerja.
   
   DOMAIN EFEKTIF
    Domain efektif pula menekankan kepentingan elemen perasaan, kepercayaan, keyakinan diri dalam membuat keputusan, memberikan pendapat, membentuk personaliti dan pegangan hidup seseorang.
1)    Krathwohl et.al (1964) menkategorikan domain efektif kepada:
·         Penerimaan
·         Tindak balas
·         Menilai
·         Menyelaras sistem nilai
·         Mengamal sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks
    Morgan dan Saxton (1991) mentakrifkan soalan domain efektif sebagai ‘questions of feelings” (soalan berasaskan perasaan). Soalan domain efektif memerlukan murid bergerak balas terhadap kenyataan tentang perasaan, emosi, pendapat, sikap dan kepercayaan. Selain itu, Mayer Salovey (1990) mengkategorikan kecerdasan emosi kepada enam domain:
a.    Kesedaran kendiri
-       Keupayaan seseorang individu menyedari sesuatu perasaan.
b.    Mengendalikan emosi.
-       Kebolehan seseorang individu mengendalikan emosi, perasaan, dan sikap dalam mengambil sesuatu tindakan.
c.    Timbang rasa.
-       Keprihatinan terhadap perasaan dan pendapat orang lain.
d.    Perhubungan
-       Kebolehan berhubung dan menyedari jenis perasaan yang dikongsi dengan orang lain.
e.    Kerjasama
-       Kebolehan meletakkan diri apabila bertindak sebagai pemimpin.
f.     Menyelesaikan konflik
-       Menggunakan kebolehan emosi untuk selesaikan masalah.
    PEMIKIRAN REFLEKTIF
   Lambright (1995) mengaitkan pemikiran reflektif dengan pemikiran kritis. Tujuan atau idea yang ingin disampaikan telah diberikan penekanan dalam corak pemikiran reflektif ini.
Ø  Oleh itu, pelajar perlu diberi latihan yang boleh menggalakkan pemikiran secara kritis.
Ø  Pemikiran ini dapat memperluaskan kefahaman seseorang tentang sesuatu idea, isu atau sistem nilai.
    West (1996) telah menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif
                                      I.        Mengenalpasti kesimpulan
                                     II.        Mengenalpasti sebab dan bukti
                                    III.        Mengenalpasti bahasa yang kabur
                                   IV.        Mengenalpasti konflik dan nilai
                                    V.        Menilai penaakulan berdasarkan statistik
                                   VI.        Menilai pensampelan dan pengalaman
                                 VII.        Menilai penaakulan secara logik
                                VIII.        Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir
                                   IX.        Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah






   HALANGAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR
² Kegagalan untuk mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan (faham tulisan)
² Tidak dapat berfikir diluar pola pemikiran yang biasa (dikongkong oleh ruang yang biasa)
² Peluang individu mempraktikkan Kemahiran Berfikir

   GALAKKAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR
n  Bahan pengajaran yang sesuai, mencabar dan berupaya mencungkil Kemahiran Berfikir.
n  Kesedaran tentang kepentingan Kemahiran Berfikir dan bagi mewujudkan suasana yang merangsang pelajar untuk berfikir.
n  Penyelesaian masalah perlu melibatkan pelbagai pihak.

    ALAT BERFIKIR
l Alat berfikir dihgunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran berfiikir.
l Contoh alat berfikir ialah peta minda, pengurusan grafik, soalan dan penyoalan dan CoRT 1

  Peta Minda



  Tujuan
l Mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci
l Membantu mengingat dengan mudah
l Mencatat nota dengan ringkas

- -Kegunaan
l Mencatat nota
l Mencatat isi penting
l Perancangan dalam membuat laporan
l Membuat sinopsis

- -Kebaikan
l Mudah diingati
l Dapat dibaca dengan mudah
l Konsep mudah difahami

  Penggunaan Grafik
  -Tujuan
l Berbentuk grafik yang perlu diisi dengan malumat berkaitan tajuk
l Membantu mengurus dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik
--Kegunaan
l Membantu kita melihat perbezaan sesuatu perkara dengan tepat
l Membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun
l Menerangkan proses dengan lebih sistematik
l Menjadikan kita lebih fokus


  Teknik Menyoal Aras Tinggi
- -Tujuan
l Memperkembangkan proses berfikir
l Mengumpul dan menganalisis maklumat
l Menggalakkan pemikiran metakognitif
l Menggalakkan pencetusan idea dan penggunaan idea

--Teknik
l Kaedah sokratik
l Soalan bertumpu dan bercampah
l Lingkaran soalan

--Cara penyoalan supaya pembelajaran berkesan
l Mengemukakan soalan yang mudah difahami
l Soalan disusun dari aras mudah kepada sukar
l Mengemukakan soalan yang dapat memperkembang pemikiran kreatif dan kritis pelajar


     Alat Berfikir CoRT 1
    Alat-alat CoRT 1 merupakan alat berfikir yang sering digunakan oleh guru dalam pembelajaran. Terdapat tujuh teknik dalam alat-alat CoRT 1:
      Bil       
       Teknik CoRT
           Langkah pelaksanaan                              Contoh pelaksanaan
        1      
      PMI-plus, minus, interesting (baik, buruk, menarik)
     Luaskan fikiran tentang idea
  •        senaraikan semua yang baik, buruk dan menarik

      Jangka masa sekolah dilanjutkan kepada pukul 5:00 p.m.
        2
      CAF-consider all factors (ambil kira semua faktor)
  •        senarai semua faktor,
  •        membuat pertimbangan
  •        membuat keputusan
      Semua pelajar sekolah memakai uniform.
        3
      C & S -Consequence and Sequel. (kesan dan akibat)
           Meneliti kesan jangka panjang dan pendek yang akan berlaku untuk tindakan yang diambil.
      Komputer menggantikan guru.
         4
      AGO- Aims, Goals, Objective. (tujuan, matlamat, objektif).
      Senaraikan seberapa banyak yang boleh dirancang dan menilai semua idea dari pelbagai perspektif.
      AGO Rancangan Hari Kantin.
          5
       FIP- First Important Priorities (keutamaan)
     Mengenalpasti dan menentukan tindakan yang terpenting.
      Merancang perbelanjaan bulanan.
          6
      APC- Alternatives, Possibilities, Choices (alternative, kemungkinan, pilihan)
     Memikirkan beberapa kemungkinan serentak dalam menyelesaikan masalah.
      Cara mengatasi kemerosotan pencapaian pelajar.
          7
     OPV- Other People’s View (pandangan orang lain)
     Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
     Penjualan rokok wajib terus diharamkan.

                               
    NOTA TAMBAHAN
    TEORI PELBAGAI KECERGASAN
KOMPONEN
MAKSUD
AKTIVITI
     Kecerdasan linguistik
     Kebolehan mengguna bahasa, makna perkataan.
     Menulis, membaca, perbahasan.
     Kecerdasan Ruang
     Kebolehan membuat gambaran dalam minda atau bentuk nyata.
     Merumus dalam bentuk carta, peta minda, melukis, membuat hiasan.
     Kecerdasan Muzikal
     Memahami, menghasilkan dan peka terhadap struktur muzik.
     Membayangkan bunyi burung, menghasilkan lagu.
     Kecerdasan Kinestetik
     Kemahiran mengguna dan mengkoordinasi bentuk badan.
     Menari, bermain bola, aktiviti psikomotor.
     Kecerdasan logikal-Matematik
     Kebolehan menaakul dalam Matematik dan Sains.
     Menyelesaikan masalah Matematik, membuat kesimpulan hasil eksperimen.
     Kecerdasan Interpersonal
     Kebolehan berinteraksi, memeahami perasaan, fikiran dan perlakuan orang lain.
     Aktiviti berkumpulan, perbincangan.
     Kecerdasan Intrapersonal
     Memahami dan menilai diri sendiri secara mendalam.
     Reflek diri, kenalpasti matlamat diri dan minat sendiri.
     Kecerdasan Emosi
     Keupayaan mengenal dan memahami emosi sendiri dan orang lain.
     Dapat memotivasi diri dan mengurus emosi (disiplin diri).
    Kecerdasan Naturalistik
     Peka terhadap alam sekitar.
     Mengenalpasti flora dan fauna.

           Tuntasnya, kemahiran generik merangkumi kemahiran berfikir yang amat penting dalam proses pembelajaran seseorang individu. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang tersendiri. Oleh itu, kita haruslah mengenal pasti tahap kecerdasan masing-masing untuk dipertingkatkan melalui proses kemahiran berfikir.

No comments:

Post a Comment

KEMAHIRAN GENERIK DISEDIAKAN OLEH: IZWA SAZURIN BT MOHD KAMARZAMAN NURUL AZILA BT MAT YUSOFF KEMAHIRAN GENERIK     Kemahiran gen...